Posts

Showing posts with the label APPS

Sistem Saringan Awal Penumpang Diguna Tapis Warga Asing Masuk Ke Malaysia

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Walaupun Kabinet telah menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengeluarkan visa kepada rakyat Timur Tengah yang memasuki Malaysia, tapisan terhadap warga asing akan dilakukan melalui 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS) bagi mengekang kemasukan kumpulan militan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata APSS akan membolehkan maklumat lengkap mengenai warga asing termasuk pelancong diperoleh di tempat mereka berlepas dan pintu masuk secara "masa nyata".

Malaysia Pelajari Sistem Saringan Di UK Sebelum Laksana APSS

Sebagai persediaan pelaksanaan sistem saringan analisis data bagi kemasukan penumpang melalui jalan udara ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen, Malaysia meninjau penggunaan sistem serupa oleh United Kingdom (UK) di Manchester. Pengalaman UK mengendalikan sistem analisis data 'Maklumat Awal Penumpang' (API) dan 'Rekod Nama Penumpang' (PNR) dipelajari sebelum Malaysia sendiri memperkenalkan sistem saringannya yang dikenali sebagai 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS).