Jangan Politikkan AES, Kata Ahmad Zahid
Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pelaksanaan sistem AES bukan satu tindakan menghukum sebaliknya ia merupakan langkah pencegahan memandangkan jumlah kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini amat membimbangkan.