Sokonglah Abang Johari - TPM
KUCHING 16 Jan. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap jasa besar ditinggalkan oleh Tan Sri Adenan Satem sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dapat dibalas kerajaan dan rakyat dengan merealisasikan impiannya menerusi aku janji atau manifesto yang dilancarkan Allahyarham semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri berikrar akan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan aku janji tersebut, terutamanya melibatkan peruntukan bagi projek-projek yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri ini.