Pasukan Petugas ATIPSOM Ditubuhkan Tahun Depan
Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan bagi memperkasakan
siasatan dan penguatkuasaan Akta ATIPSOM 2007 itu dibuat dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis ATIPSOM (MAPO) Bilangan 2
Tahun 2016, yang dipengerusikan beliau di sini, semalam
Katanya, pasukan petugas itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh agensi
penguatkuasa Malaysia, termasuk wakil Jabatan Peguam Negara, Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(KDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Antara objektifnya adalah bagi mempertingkatkan kerjasama antara agensi, mengenai pasti sasaran utama pemerdagangan orang, membangunkan pangka-lan data pemerdagangan orang dan memperhebatkan kerjasama antarabangsa, terutamanya dengan organisasi antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
-Berita Harian