Kerajaan jamin tindakan adil pada merah, kuning
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp_eiavEXdqEOxXhE6rTEijjAh5CTMZ5ov9kfmBSwzfhs9D8XEYqjD7rSCaVkv5eW0LqaeDMYh6t8_Wrt_8iEK1gmlUCsXU7FM-o4bTmk5i2a-F7qmV3RSFVdQq0aa3HnEDFhWc_KThkk/s320/hidzah.transformed.jpg)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihak berkuasa tidak akan memilih warna dalam mengambil tindakan terhadap individu yang gagal patuh pada undang-undang dalam perhimpunan itu.
"Mana-mana individu yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada polis menemui kaitan Bersih 5 dan Daesh seperti didakwa Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM), Ahmad Zahid berkata: "Tidak ada maklumat."
-Berita Harian-