Rumah Terbuka Perdana Menteri, Jemaah Menteri Hari Raya Pertama
Kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikeluarkan hari ini
menyebut majlis rumah terbuka tersebut akan bermula 10 pagi sehingga 4
petang.
"Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan pakaian kebangsaan dan bersesuaian," kata kenyataan itu.
Kenyataan JPM itu menyebut perkhidmatan bas secara percuma disediakan
oleh Bas Putrajaya dari tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra untuk kemudahan orang ramai
menghadiri majlis tersebut.
"Orang ramai boleh meletakkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi
tersebut untuk menaiki bas yang disediakan dengan kekerapan setiap 20
minit," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput orang ramai ke
Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di
sini, pada 9 Julai (Sabtu).
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut
majlis rumah terbuka tersebut akan berlangsung dari 3.30 petang sehingga
7 malam.
-BERNAMA-