Kerajaan Komited Sedia Rumah Untuk Rakyat
Kerajaan komited untuk melihat setiap
rakyat di negara ini mempunyai rumah sendiri termasuk mereka yang kurang
kemampuan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata golongan kurang berkemampuan di bandar
khususnya turut tidak dipinggirkan apabila kerajaan membina Projek
Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) untuk keselesaan
mereka.
"Penduduk PPR harus bersyukur kerana tiada di negara lain dan di tempat
lain, mereka yang pernah duduk sebagai setinggan di kawasan tanah
kerajaan dan tanah swasta diberikan kemudahan sebegini.
-BERNAMA