TPM rasmi mesyuarat agung MCPF
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini ssemalam.
Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Lee Lam Thye.
Seramai 150 anggota MCPF menghadiri mesyuarat itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Pengerusi yayasan berkenaan.