Pekerja Asing: Kenapa Takde Siapa Tanya Majikan?
PIHAK yang paling layak bercakap tentang kemasukan pekerja asing ini sebetulnya ialah mereka yang membawa mereka masuk – majikanlah tu.
Wajib cari mereka ini sebab kalau pekerja asing masuk, ia adalah berdasarkan permintaan dari majikan. Majikan yang kena pohon, majikan yang kena uruskan dokumentasi, pemeriksaan kesihatan, temuduga, penginapan, bayar gaji dan sebagainya – semua majikan.
Tidak pernah berlaku kerajaan bawa pekerja asing masuk, lepas tu baru cari majikan. Mesti ada majikan dulu baru dibenarkan pekerja asing ini masuk. Visa masuk (Entry Visa) pun ada nama majikan padanya, maksud, dah ada majikan sebelum masuk.
Maka itulah jadi hairan kenapa dalam isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh nak masuk dalam tempoh 5 tahun ini, tidak ada siapa yang tanya majikan? Tanyalah mereka (majikan), kenapa bambu kerajaan?
Tapi kenapa tidak ada orang yang tanya? Setakat hari ini penulis belum pernah ternampak lagi ada suratkhabar, TV atau sesiapa punlah cari majikan, kenapa? Kenapa terus tuju kerajaan? Tak tahu? Isu gaji minimum pandai cari majikan, kenapa bab pekerja asing tidak cari majikan?
Sebabnya penulis nak cakap, kalau majikan bagi kenyataan, siapa di luar skop itu tak tahu macam mana nak balas balik. Majikan yang perlu pekerja, majikan yang tanggung susah kalau pekerja takde, siapa kat media sosial yang tahu masalah yang terpaksa majikan tanggung pun?
Begitu juga, rakyat tempatan yang kononnya tertutup peluang rezeki kerana jawatan itu telah diisi oleh pekerja asing? Ada ke anak muda yang keluar TV mengadu tak dapat jadi pencuci jamban sebab warga asing dan rembat kerja tu dulu, ada?
Jadi, kalau majikan pun tak tanya, rakyat tempatan yang kononnya terjejas pun tak jumpa – walhal itulah ‘pemegang saham’ dalam isu ini pun, apa sebenarnya masalah dengan soal kemasukan pekerja asing ni, cuba cakap sikit? Mykmu.net