Zahid Mulakan Lawatan Ke China Esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja ke China mulai esok hingga 4 Feb. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata ini merupakan lawatan kerja pertama Ahmad Zahid ke negara itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dijadual melakukan kunjungan hormat terhadap para pemimpin China serta mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Pusat Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China Meng Jiangzhu dan Menteri Keselamatan Awam Gou Shengkun. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutama dalam bidang keselamatan, memerangi keganasan dan hal ehwal imigresen, kata kenyataan itu. Ahmad Zahid akan diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan para pegawai kanan Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri. Malaysia dan China menjalin hubungan dan kerjasama rapat dalam bidang penting seperti politik, ekonomi dan perdagangan, pertahanan dan keselamatan. Kenyataan itu berkata China me...