Posts

Zahid Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker DUN Melaka

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad di sini, hari ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira pukul 3.30 petang, meluangkan hampir satu jam bersama lebih 7,000 hadirin yang disajikan pelbagai juadah termasuk nasi lemak, roti canai, rendang dan mi goreng di Taman Ayer Molek di sini.

Pergeseran Isu Cukai Pelancongan Selesai - TPM Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Pergeseran antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan telah selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, perkara itu telah dibincang dan dipersetujui secara bersama oleh pihak yang berkenaan semasa mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Jangan Kaitkan Khalid Dengan Kes Jenayah Kenalannya - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Jangan kaitkan penahanan K.Gopinathan, seorang suspek yang ditahan berhubung kes melindungi pusat judi haram di Melaka dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Khalid mengakui mengenali individu terbabit tetapi perkenalan itu bukan atas sifat perlakuan jenayah yang dilakukan.

RM10 Juta Laksana Aktiviti Pendidikan Islam

Image
PUTRAJAYA - Sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan di peringkat permulaan bagi memperkasa dan melaksanakan aktiviti pendidikan Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu bukan datang daripada kerajaan, sebaliknya daripada beberapa organisasi dan yayasan yang komited terhadap usaha itu.

Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Pergeseran membabitkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah berhubung isu cukai pelancongan sudah selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Kabinet semalam mengarahkan supaya masalah itu diselesaikan dan tiada lagi kenyataan dikeluarkan, sama ada oleh pemimpin kerajaan pusat atau negeri.

Zahid Arah Polis P. Pinang Perangi Judi Habis-habisan

Image
BALIK PULAU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Baca al-Quran sepanjang masa : TPM

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam di negara ini, supaya tidak hanya membaca al-Quran ketika Ramadan sebaliknya dibaca dan dihayati kandungannya sepanjang masa. Timbalan Perdana Menteri berkata, membaca dan menghayati kandungan al-Quran harus menjadi amalan seisi keluarga kerana kitab itu adalah panduan kehidupan yang tidak pernah berubah sejak ia diwahyukan sehingga sekarang.