Posts

Kerajaan Komited Pastikan Kesaksamaan Terus Terpelihara - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesaksamaan terus terpelihara untuk rakyat hidup aman, makmur dan tenteram. Beliau berkata adalah menjadi iltizam kerajaan untuk mengambil kira pandangan semua pihak dalam mentadbir negara ini. "Di samping kita meraikan perbezaan pendapat, saya menyeru agar perbezaan pendapat ini diraikan dalam keadaan yang harmonis, tanpa menyinggung mana-mana pihak," katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2016 pada Khamis.

Kronologi Peristiwa Tumpuan Dalam Perkembangan Politik Malaysia Sepanjang 2015

Image
Berikut antara peristiwa yang menjadi tumpuan umum dalam perkembangan politik di Malaysia sepanjang 2015:

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam Soal Israel - Zahid Hamidi

Image
Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel dan DAP tidak sepatutnya bertindak di luar dasar itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya sensitiviti rakyat negara ini dalam isu berkaitan Israel perlu dihormati.

Ahmad Zahid Terima Kunjugan Imam Masjid An-Nabawi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, yang sedang melakukan lawatan seminggu ke negara ini. Dalam pertemuan selama 20 minit di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, mereka membincangkan perkara berkaitan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk hubungan para ulama di Malaysia dan Arab Saudi, selain isu keganasan serta penyelewengan hadis.

Penuntut Afrika Kahwini Wanita Tempatan Untuk Dapat Kerakyatan, Lesen Premis - Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.

Jangan Terpengaruh Maklumat Tak Sahih Tentang 1MDB - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya. "Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat yang datang daripada sumber-sumber yang tidak disahkan.

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Bincang Pandangan NGO Tentang Kos Sara Hidup

Image
Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuh bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.