Posts

Zahid Berjaya Kukuhkan Lagi Hubungan Dua Hala Malaysia-UK Dalam Lawatan Sulung

Image
Lawatan sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri ke United Kingdom (UK) telah membuka ruang kepada kerjasama dua hala Malaysia-UK dalam bidang kepakaran baharu. Walaupun lawatan itu disingkatkan, ia tetap berjaya kerana kedua-dua negara turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan keselamatan di zaman yang semakin mencabar pada masa ini.

Zahid Beritahu Dua Pemimpin UK Anwar Dibenar Bawa Pakar Luar Negara

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menjelaskan kepada dua pemimpin kerajaan United Kingdom (UK) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.

Hubungan Kukuh ASEAN-China Penting Bagi Keamanan Serantau

Image
Malaysia berpendapat hubungan ASEAN dan China yang kukuh adalah penting bagi keamanan dan kemakmuran serantau di Asia Tenggara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan negara-negara anggota ASEAN perlu melipatgandakan usaha mengambil langkah-langkah membina keyakinan dan strategi menangani konflik bagi mengelak sebarang konflik tidak sengaja di Laut China Selatan yang sangat sesak.

Malaysia Pelajari Sistem Saringan Di UK Sebelum Laksana APSS

Sebagai persediaan pelaksanaan sistem saringan analisis data bagi kemasukan penumpang melalui jalan udara ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen, Malaysia meninjau penggunaan sistem serupa oleh United Kingdom (UK) di Manchester. Pengalaman UK mengendalikan sistem analisis data 'Maklumat Awal Penumpang' (API) dan 'Rekod Nama Penumpang' (PNR) dipelajari sebelum Malaysia sendiri memperkenalkan sistem saringannya yang dikenali sebagai 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS).