Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan negeri meningkatkan komitmen dalam program kerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan tebing-tebing sungai serta kawasan sekitar koridor sungai bagi mengatasi masalah tapak-tapak pembuangan sampah haram. Beliau berkata kerjasama sedemikian dapat mengurangkan kes pencerobohan kawasan tebing sungai, membanteras pewujudan tapak-tapak pembuangan sisa pepejal secara haram serta berpotensi meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar. Ahmad Zahid berkata RM80.95 juta diperlukan setahun bagi menyelenggara sampah di dalam sungai dengan anggaran purata semasa RM3,000 bagi mengeluarkan satu tan sampah dari sungai. "Secara dasarnya Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan kira-kira 2,268.6 tan sampah sebulan semasa kerja-kerja penyelenggaraan sungai di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-10 di sini hari ini. Mesyuarat...