Gajet Canggih Jejak Penyeludup Di Sempadan
Di dalam perbincangan Meja Bulat Jenayah Permasalahan Sempadan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) di Kangar, baru-baru ini, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan supaya satu rangka kerja keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dirumus bagi menangani kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta isu keselamatan lain di sempadan kedua-dua negara. Bahkan penemuan kubur besar di dalam kem di hutan berhampiran sempadan di Wang Kelian tahun lalu, menunjukkan pemerdagangan manusia semakin berleluasa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan bahawa negara kerugian sehingga RM7 bilion setahun akibat masalah sempadan negara yang dibolosi, termasuk kerugian barang bersubsidi.