Malaysia, UK Tingkat Kerjasama Tangani Ancaman Daesh
Malaysia dan United Kingdom (UK) akan meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu adalah antara intipati perbincangannya bersama Menteri Perolehan Pertahanan UK Philip Dunne dalam pertemuan di pejabatnya, di sini Isnin.