500 Migran Syria Disasar Ditempatkan Sementara Di Malaysia Menjelang Hujung Tahun
Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata setakat ini, 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia sebagai usaha kerajaan dalam menerima 3,000 warga Syria atas dasar ihsan dan perikemanusiaan.