Posts

Showing posts with the label Sibu

Tinjauan Mesra TPM Di Pasar Sentral Sibu

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu sempena lawatan kerja ke sini. Sebaik tiba pada 8.30 pagi Ahmad Zahid mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil gambar 'selfie' dengan pemimpin nombor dua negara itu. "Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat bersua muka dengan TPM hari ini. Puas hati saya sebab selama ini hanya dapat melihatnya di televisyen," kata penjual buah, Saadiah Lek kepada Bernama mengenai pemimpin negara itu. Dalam tinjauan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sempat membeli lima kg duku dan lima kg rambutan dari gerai Saadiah. Ahmad Zahid turut bersarapan di Pasar Sentral Sibu dan berkesempatan merasa udang kering yang dipanggil masyarakat tempatan sebagai 'sessar'. Beliau meluangkan masa lebih sejam di situ sebelum meneruskan lawatannya ke Unite...

Program Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak Pasti Berjaya

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Program Transformasi Sosio Ekonomi 15 tahun Sarawak yang menumpukan kepada transformasi di kawasan luar bandar, bermula tahun ini akan berjaya. Beliau berkata faktor itu adalah kerana penduduk negeri berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama sentiasa bersatu.

RELA Sarawak terima RM8 juta untuk seragam.

Image
Sambutan Hari RELA Ke-44 hari ini cukup bermakna bagi lebih 320,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sarawak apabila menerima peruntukan RM8 juta daripada kerajaan untuk membeli pakaian seragam lengkap. Pengumuman peruntukan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, di hadapan lebih 10,000 anggota RELA di Dataran Sibu, sebentar tadi.

TPM tiba di Sibu untuk lawatan kerja dua hari

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Sibu, di sini, jam 8.30 malam semalam, untuk mengadakan lawatan kerja dua hari, di bandar itu.