Posts

Showing posts with the label Sarawak

TPM tak setuju cadangan halal penggunaan ganja

Image
LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menjelaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi mengurangkan ketagihan penagih dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian beberapa pihak sebelum ini mendapati langkah menghalalkan penggunaan ganja gagal mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah di negara berkenaan.

Kempen besar-besaran perangi dadah tahun ini

Image
LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengumumkan tahun ini sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh negara ketika ini.

Tugas Sebagai Timbalan Presiden Umno Satu Tanggungjawab

Image
LAWAS (Sarawak), 28 Feb - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata amanah diberikan kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno adalah satu tanggungjawab. Mengucapkan terima kasih kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno atas kepercayaan itu, katanya beliau tidak menganggap ia sebagai satu hadiah tetapi berupa tanggungjawab baharu yang turut didukung oleh anggota MT yang lain.

PM, TPM lawat Sarawak

Image
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di Dataran Sibu, malam ini dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, mulai hari ini. Jadual lawatan kerja beliau diteruskan pada jam 10 pagi esok dengan menghadiri Majlis Sejiwa Senada di Saratok yang terletak kira-kira 115 kilometer dari Sibu seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Besar Saratok sebelum bergerak ke Rumah Panjang Jawang di Julau, untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri pada jam 2 petang.

TPM Bidas Kritikan Bekas Pemimpin Terhadap Usaha Kerajaan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat. Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Zahid Minta Rakyat Sarawak Terus Kukuhkan Perpaduan, Keharmonian Kaum

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat Sarawak untuk terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum yang sedia terjalin dalam kalangan mereka.   "Walaupun negeri ini ramai masyarakat majmuk, namun perpaduan, keharmonian dan toleransi adalah yang terbaik di negara ini.

TPM lawat Sarawak 2 hari mulai esok

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan melakukan lawatan kerja dua hari ke negeri ini mulai esok. Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.45 pagi dan lawatan dimulakan dengan menghadiri Majlis Mesra Anggota Tentera Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan pada jam 10.15 pagi.

Pendekatan Jangka Panjang Sarawak Tangani Banjir Terbaik Dalam Negara

Image
Pendekatan jangka panjang yang diguna pakai oleh kerajaan negeri Sarawak dalam menangani masalah banjir adalah yang terbaik dalam negara dan wajar dicontohi negeri lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebagai contoh, katanya, pembinaan empangan serta bendungan rendah yang dapat mengawal paras air di sungai dan disesuaikan dengan keperluan semasa, di samping keberkesanan gerakan bersepadu oleh pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) yang diterajui Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

TPM Lawat Baraj Sungai Sarawak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini melawat baraj atau bendungan Sungai Sarawak di sini yang merupakan sebahagian daripada Skim Pengawalan Sungai Sarawak (SSRS). Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang tiba di baraj yang merentangi Sungai Sarawak di Sejingkat itu kira-kira 9.40 pagi.

Ahmad Zahid Mahu Imigresen Buru Ejen, Sindiket Tipu Pati

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Imigresen memburu ejen atau sindiket yang mengaut keuntungan besar selepas menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di negara ini. Beliau berkata hasil operasi penguatkuasaan mendapati 95 peratus daripada PATI yang ditangkap mempunyai dokumen yang sah, tetapi menjadi mangsa penipuan oleh ejen atau sindiket apabila tiba di negara ini.

Ahmad Zahid Yakin Rakyat Sarawak Boleh Hakis Persepsi Negatif

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin penduduk Sarawak dapat menghakis persepsi negatif yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai negeri ini. Katanya persepsi berkenaan timbul akibat daripada penyebaran maklumat yang separa benar dan tidak benar secara berulang-ulang khasnya di alam maya yang menggambarkan negeri itu masih jauh mundur dan miskin.

Peruntukan Lebih Untuk Sarawak Bukan Kerana Pilihan Raya

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 adalah demi memenangi pilihan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata soal membeli undi tidak sepatutnya timbul kerana apa jua peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat negeri itu mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.

Masalah Berakhir Bagi 1,600 Orang Di Sarawak Hadapi Masalah Dokumen

Image
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permohonan daripada sekumpulan 1,600 orang di Sarawak yang menghadapi masalah mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri pada Sabtu berkata, Jabatan Pendaftaran Negara dijangka menyediakan dokumen berkenaan untuk mereka bermula di Tamin dalam Divisyen Sibu, dalam waktu terdekat.

TPM Rasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini merasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini. Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Raja Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Zahid Hamidi Lakukan Lawatan Dua Hari Ke Sarawak Bermula Jumaat Ini

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual melakukan lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari Jumaat ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, beliau dijangka tiba pada pukul 4.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).