RUU Persendirian Untuk Tingkat Kuasa Mahkamah Syariah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bagi meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah. "Ini untuk meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah sahaja dan hanya untuk orang Islam," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.