Malaysia hantar pakar ke Australia
Malaysia akan menghantar pakar ke Australia pada Februari depan bagi membantu negara itu menangani isu keganasan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensyarah universiti.