Peruntukan Lebih Untuk Sarawak Bukan Kerana Pilihan Raya
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 adalah demi memenangi pilihan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata soal membeli undi tidak sepatutnya timbul kerana apa jua peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat negeri itu mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.