Posts

Showing posts with the label Perak

Ahmad Zahid Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sultan Perak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV. Ahmad Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini. Beliau berkata Sultan Perak juga berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada enam penerima. Anugerah itu diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Mereka ialah Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak - SPMP); Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Pan...