Posts

Showing posts with the label PWTC

Ahmad Zahid Terima Kunjugan Imam Masjid An-Nabawi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, yang sedang melakukan lawatan seminggu ke negara ini. Dalam pertemuan selama 20 minit di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, mereka membincangkan perkara berkaitan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk hubungan para ulama di Malaysia dan Arab Saudi, selain isu keganasan serta penyelewengan hadis.

Zahid jumpa pemimpin Hamas di PWTC

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Khaled Meshal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Pertemuan tertutup antara Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin terbabit berlangsung lebih satu jam.

MT Khas malam ini hanya bincang agenda mesyuarat RABU

Image
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini hanya akan memberi fokus kepada dua agenda utama berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula esok. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata secara lazimnya dalam mesyuarat khas ini, Pengerusi Tetap UMNO dan timbalannya akan membentangkan mengenai laporan agung PAU. "Datuk (Seri) Hishammuddin (Hussein) akan beri taklimat berkenaan penyelarasan jurucakap. Saya tidak nampak ada agenda lain," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. Menyentuh mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid berkata, makluman yang diterimanya malam tadi memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun tidak masuk ke Dewan Merdeka.