Posts

Showing posts with the label PAU2015

Terserah terima atau tidak salam perdamaian

Image
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terserah kepada pihak yang berkenaan sama ada mahu menerima atau tidak salam perdamaian yang telah dihulurkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Menurut beliau, apa yang lebih penting salam perdamaian yang dihulurkan dengan penuh ikhlas itu amat dihargai oleh para perwakilan dan menepati gesaan Presiden sendiri yang mahu melihat semua ahli parti bersatu demi kekukuhan parti.

Turun Padang Tangani Masalah Rakyat, Soal Kemiskinan

Image
Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta turun padang untuk terus menangani masalah yang membelenggu rakyat termasuk isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka perlu membantu pelaksanaan program kerajaan yang memberi tumpuan kepada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) dan rakyat berpendapatan sederhana (M40).

Saranan Perwakilan Agar Kepimpinan Dirapatkan Adalah Teguran Ikhlas

Image
Saranan para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 agar kepimpinan tertinggi parti kini dan terdahulu dirapatkan harus dianggap sebagai teguran ikhlas anggota yang sayangkan UMNO dan mahu parti itu terus di landasan yang benar. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata saranan itu lahir dari suara hati perwakilan yang melihat kepimpinan tertinggi parti sebagai panduan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.

Ahmad Zahid Bincang Dengan KPN Kenyataan Dr Mahathir Di Kampung Baru

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA). Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut.

Gelombang Biru Baharu Diwujudkan Tangani Perang Siber Terhadap UMNO, BN

Image
Pasukan Gelombang Biru baharu akan diwujudkan bagi menangani serangan siber dengan lebih berkesan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau dan seorang lagi naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan bertanggungjawab memperkasakan pasukan tersebut serta menyelaras strategi yang berkesan.

Ahmad Zahid Bertemu Wakil Kelab UMNO Luar Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa bertemu wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini. Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu melibatkan 80 wakil Kelab UMNO dari 23 negara, kebanyakannya terdiri daripada penuntut Malaysia yang belajar di luar negara.

UMNO Bersikap Terbuka Jalin Kerjasama Dengan PAS

Image
Dalam reaksi terhadap kesediaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS, beliau berkata agenda untuk kebersamaan antara semua badan Islam termasuk parti politik perlu diterjemahkan agar senada dalam soal memperkukuhkan umat Islam tanpa niat mengetepikan kepentingan agama-agama lain. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama UMNO dan PAS memerlukan komitmen kedua-dua pihak dan "tidak boleh bertepuk sebelah tangan".

Muhyiddin pilih bela diri di gelanggang terbuka

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa UMNO tidak memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membela diri. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ruang dan peluang itu sudah pun digunakan terlebih dahulu oleh pemimpin berkenaan di gelanggang terbuka. "Bukan tiada peluang. Tapi ia dah digunakan terlebih dahulu di ruang lebih terbuka. Keputusan malam tadi (Mesyuarat Majlis Tertinggi) mungkin mengguris perasan dan emosi beliau (Muhyiddin).

Zahid Rasmi Ruang Pameran Agensi Bawah KDN Di PAU 2015

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan ruang pameran agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 di sini. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, disambut oleh Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Tak perlu gopoh tindakan terhadap Muhyiddin

Image
Sebarang tindakan yang diambil terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ada sekalipun mesti dilakukan tanpa perlu tergopoh-gapah. Demikian reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengulas sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal dikenakan tindakan termasuk pemecatan oleh partinya.

Zahid jumpa pemimpin Hamas di PWTC

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Khaled Meshal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Pertemuan tertutup antara Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin terbabit berlangsung lebih satu jam.

MT Khas malam ini hanya bincang agenda mesyuarat RABU

Image
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini hanya akan memberi fokus kepada dua agenda utama berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula esok. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata secara lazimnya dalam mesyuarat khas ini, Pengerusi Tetap UMNO dan timbalannya akan membentangkan mengenai laporan agung PAU. "Datuk (Seri) Hishammuddin (Hussein) akan beri taklimat berkenaan penyelarasan jurucakap. Saya tidak nampak ada agenda lain," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. Menyentuh mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid berkata, makluman yang diterimanya malam tadi memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun tidak masuk ke Dewan Merdeka.

PM Sangkal Dakwaan Negara Jadi Miskin, Rakyat Jadi Pengemis

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan kononnya negara menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis di bawah pemerintahannya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai bukti, Najib memberi contoh sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, pelbagai kemajuan dapat dilihat, antaranya peningkatan pelaburan langsung asing ke dalam negara serta kedudukan daya saing negara berada antara 20 tertinggi dunia.

Perwakilan Beri Reaksi Positif Terhadap Taklimat Presiden

Image
Para perwakilan UMNO menyambut baik dan memberikan reaksi positif terhadap penjelasan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung beberapa isu utama termasuk dana RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu berkata, Najib pada majlis Taklimat Presiden turut memberikan penjelasan mengenai cabaran ekonomi negara.

Muhyiddin Akan Dikenakan Tindakan Jika Melampaui Batasan

Image
UMNO akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika Timbalan Presiden parti itu didapati melakukan perkara yang melampaui batasan. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika didapati benar tindakan melampaui batasan telah dilakukan, maka terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk tentukan tindakan yang akan diambil.