Kerajaan Ulangi Jaminan Tidak Benarkan IPTA Naik Yuran Pengajian
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah. Timbalan perdana menteri berkata jaminan itu dibuat demi kebajikan pelajar universiti awam meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.