OKU terap konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu menyahut seruan kerajaan yang menerapkan konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan menggunakan bantuan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi berkaitan. Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Ali Rustam, berkata saranan kerajaan itu bersesuaian terutama kepada golongan OKU penglihatan memulakan perniagaan dengan mendapatkan bantuan pinjaman seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), MARA dan PUNB.