Kunjungan PM Najib, TPM Zahid Ke Pulau Pinang Sikap Pemimpin Prihatin
KOTA BHARU - Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang ke Pulau Pinang melawat mangsa banjir menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang prihatin. Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata dalam politik tidak boleh 'bergaduh' habis-habisan kerana ada masanya mereka yang berlainan fahaman politik ini akan memerlukan pertolongan.