MT UMNO akan bincang keahlian Muhyiddin, Mukhriz
Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO bakal ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa isu keanggotaan Muhyiddin dan Mukhriz dalam parti akan dibincangkan dalam MT nanti.