Timbalan Presiden Tidak Rasmi Mesyuarat Sayap UMNO Pada PAU 2015
Tidak seperti kelaziman pada setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Timbalan Presiden UMNO kali ini tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang dijadualkan berlangsung bulan depan. Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Selasa memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.