Tujuh Pegawai KDN Ditukar Atas Pelbagai Kesalahan Sejak 2013
Tujuh pegawai Gred 54 ke bawah yang memegang jawatan sensitif di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah ditukar sejak 2013 atas pelbagai kesalahan termasuk masalah disiplin dan salah guna kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mereka yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Pekeliling Perkhidmatan Awam itu ditukar secara dalaman atau dipindahkan ke jabatan lain.