RDC3 Mula Beroperasi Mei Ini
Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) yang dihoskan Malaysia akan mula beroperasi 1 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan awal RM200 juta bagi tujuan berkenaan. "Kita akan guna templat yang ada di Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu, dan kita akan wujudkan di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas menutup Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC) di sini, hari ini. Malaysia sebelum ini, dipilih Amerika, menjadi tuan rumah pusat digital serantau untuk memerangi golongan pelampau dan mengiktiraf komitmen negara dalam menangani keganasan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sekurang-kurangnya tiga agensi berbeza akan mengendali pusat berkenaan. Sebelum ini, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin Al-Ghari ...