KPDNKK Mahu Perketat Kriteria Lesen Perniagaan Di Kawasan ESSCom
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperketat kriteria pemberian lesen perniagaan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) susulan insiden penculikan di perairan negeri itu. Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pemberian lesen kepada peniaga di kawasan perairan pantai timur Sabah perlu dikawal demi menjamin keselamatan mereka.