Posts

Showing posts with the label Berita Harian

Jangan jadikan isu keselamatan mainan politik - Agong

Image
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan atau mainan politik. Baginda bertitah ancaman ke atas keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk. "Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang. "Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik," titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sultan Muhammad V bertitah, ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan golon...

Solidariti pertahan Baitulmaqdis Jumaat ini: TPM

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersolidariti mempromosikan keamanan pada perhimpunan besar-besaran di Masjid Putra, di sini Jumaat ini bagi mempertahankan Baitulmaqdis. Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan itu dilihat sebagai pentas bagi semua pihak termasuk NGO dan parti politik pelbagai 'warna' untuk memanifestasi solidariti mereka dalam isu berkenaan. "Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv atau Israel, kita menghormati hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) tetapi apabila hak kota suci umat Islam diceroboh dengan hasrat untuk melenyapkan sirah kota suci Islam, Kristian dan agama Yahudi Orthodox asal, ertinya rejim Israel cuba memadamkan sejarah. "Kita di Malaysia dengan masyarakat berlatarbelakangkan komposisi kaum, budaya dan agama yang berbeza tidak pernah mempromosikan perbezaan tetapi kemajmukan  masyarakat harus dipertahankan. "...

TPM pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, yang diumumkan penubuhannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, minggu lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata majlis itu juga akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi. Beliau berkata, mesyuarat pertama akan diadakan selepas semua terma rujukan yang bakal dibentangkan pada minggu pertama Januari depan mendapat persetujuan kerajaan. "Berhubung keahlian majlis ini, pelbagai sektor boleh membantu kita dalam menangani pelbagai faktor yang menyebabkan inflasi termasuk dari segi kepenggunaan. "Justeru, semua NGO dan pakar ekonomi akan kita bawa bersama," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini. Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan mewakili Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada perhimpunan agung parti itu minggu ...

'Pilih Gantung Atau Penjara'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memberikan mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan membolehkan hakim menjatuhkan hukuman sama ada gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Ketika ini, katanya, mahkamah tiada pilihan untuk menghukum pesalah berdasarkan akta sedia ada. "Akta sekarang menyebut hukuman gantung sampai mati adalah secara mandatori dan mahkamah tidak ada pilihan lain, sama ada gantung atau lepaskan (tertuduh). "Pindaan ini yang terbaik dan memberi pilihan kepada hakim untuk menilai berdasarkan kes yang dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII di Parlimen, hari ini. RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 bagi meminda Seksyen 39B akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat esok selepas dibacakan untuk kali perta...

Perhimpunan Palu Gendang Perang PRU-14

Image
PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 hingga 9 Disember ini adalah perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). PAU kali ini akan menguji tahap kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi PRU-14. Ikuti temu bual wartawan BH, MOHD AZRONE SARABATIN bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengulas lanjut mengenai perhimpunan agung dan signifikan dalam persiapan parti menghadapi PRU-14. S: Apa signifikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini dengan PRU-14? J: Sudah pasti perhimpunan kali ini ada kaitan dengan PRU-14. Perhimpunan ini bukan sahaja penting kepada UMNO, malah keseluruhan 13 parti komponen Barisan Nasional (BN). Sebab itulah kita mahu perwakilan yang membahaskan ucapan dasar Presiden mengetengahkan formula dan strategi untuk mencapai kemenangan dan menambat hati pengundi supaya terus menyokong BN. Kita memang sudah lama bekerja untuk rakyat. Kepemimpinan UMNO tidak pernah berhenti bekerja demi...

'Sabah, Sarawak Dan Semenanjung Berpisah Tiada'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar pihak tertentu yang menggunakan kajian akademik bagi menimbulkan ketegangan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian berat sebelah dan prasangka berhubung Perjanjian Malaysia 1963 tidak seharusnya dijadikan sandaran bagi memanipulasi fakta hingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung isu hak Sabah dan Sarawak. Walaupun berbeza pegangan politik, katanya, rakyat dan ahli politik perlu memiliki penyatuan pemikiran atas nama Malaysia, selain mengetepikan agenda sempit yang akan merosakkan kesatuan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. "Mutakhir ini, ada ahli akademik menggunakan kajian seumpamanya untuk cuba mempengaruhi pembaca dan menyemarakkan api kebencian terhadap kononnya, kelemahan dalam 20 Perkara yang dipersetujui pemimpin dulu. "Yang tak dapat ditukar hanya al-Quran dan hadis, perjanjian boleh dirunding. "Jika me...

Agenda Melayu bukan perjuangan perkauman - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam memperkasakan agenda Melayu khususnya pendidikan tidak seharusnya disalah anggap sebagai tindakan rasisme, assabiyah mahupun perkauman, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri menegaskan usaha memperjuangkan agenda Melayu dalam kemajmukan bangsa di negara ini bukan bererti wujudnya kebencian mendalam terhadap orang bukan Melayu dan kepentingan mereka. Beliau berkata, GPMS yang ditubuhkan sejak 1948 bukan hanya wadah untuk merealisasikan misi bagi memacu sektor pendidikan dalam kalangan orang Melayu, sebaliknya badan itu menjadi satu pemangkin utama untuk memperkasakan agenda Melayu tanpa mengetepikan masyarakat majmuk di negara ini. "Kemajmukan bangsa di negara kita adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, namun prinsip perjuangan pelajar Melayu dan orang Melayu jangan disalah anggap bahawa berlaku rasisme, assabiyah atau perkauman dalam GPMS. "Menterjemahk...

Ahli Parlimen BN dan pembangkang 'bergabung' misi bantuan

Image
KUALA LUMPUR - Perbezaan politik bukan halangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bersatu membantu misi kemanusiaan Rohingya di Bangladesh. Justeru, lapan Ahli Parlimen BN dan empat daripada pembangkang mengetepikan perbezaan ideologi bagi menjayakan misi berkenaan. Misi yang akan disertai 12 Ahli Parlimen itu akan berlepas ke Bangladesh, pada Jumaat ini. Bantuan berupa barangan asas seberat 25 tan hasil sumbangan syarikat multinasional Halal di Malaysia akan diterbangkan ke Bangladesh untuk membantu meringankan beban ditanggung pelarian Rohingya di sana. Sumbangan itu, sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Halal (HDC) yang dikenali sebagai 'Misi Kemanusiaan Halal Malaysia Untuk Pelarian Rohingya di Bangladesh'. Hadir melancarkan misi kemanusiaan itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan Parlimen, hari ini. Dengan keprihatinan syarikat berkenaan menaja misi ...

Hikmah Banjir di Pulau Pinang

Image
DALAM Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, yang dipenuhi baju warna merah, perwakilan GERAKAN sabar menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ia adalah perlambangan kesetiaan mereka kepada parti dan perjuangan Barisan Nasional (BN). Ada yang duduk, ada berdiri bersembang mengenai perjuangan parti dan kehidupan harian.

Tiada bukti Dr Zakir Naik galak keganasan - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti menunjukkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik, menggalak atau mempromosi keganasan menerusi ceramahnya di luar atau dalam negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap semua kandungan ceramah Zakir juga tidak menemui bukti penceramah terbabit melanggar undang-undang negara.

Mangsa Banjir Meningkat

Image
BUTTERWORTH - Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini. Angka itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi, dipercayai susulan air pasang besar tengah malam tadi.

'Wang PR' Lindungi Judi Haram Akan Dijejaki

Image
KUCHING - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket judi haram. Malah amaran Timbalan Perdana Menteri itu turut ditujukan kepada semua anggota dan pegawai agensi penguat kuasa lain yang turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan judi haram di negara ini.