Posts

Showing posts with the label Astro Awani

Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya - TPM

Image
PUTRAJAYA - Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang baru. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk negara itu meneruskan kedegilannya dengan tidak mematuhi resolusi antarabangsa. “Israel hanya salah sebuah negara kepada anggota PBB. Kedegilan Israel ini memang sejak penubuhan negara berkenaan. "Dan Israel harus mematuhi apa saja keputusan di peringkat antarabangsa, walaupun selama ini mereka sering mencabul dan menolak resolusi PBB,” katanya kepada pemberita di Masjid Putra, di sini, semalam. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang enggan menerima hakikat dan menegaskan Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi ibu negara negara itu. Awal pagi ini, PBB...

PRU: Serah Kepada Rakyat, Jangan Racuni Fikiran Mereka - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Wakil rakyat perlu berlapang dada, berjiwa besar dan berfikiran terbuka dalam menerima sebarang keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuasa menentukan pemimpin negara dan wakil rakyat terletak di tangan pengundi. Tegasnya, kempen pilihan raya perlu dilaksanakan menerusi cara yang terbaik, bukan dengan meracuni pemikiran rakyat. "Jalinlah ukhwah dan kerjasama antara kita. Ya, kita harus jiwa besar, berlapang dada, berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat. "Serahkan kepada rakyat dengan kaedah kempen-kempen yang terbaik dan biar rakyat tentukan (pemimpin mereka). Jangan pernah meracuni pemikiran rakyat. "Kita berikan (pilihan menentukan pemimpin) kepada mereka. Yang baik kita terima dan yang buruk kita sama-sama ketepikan. "Agar (kita dapat) mendaulatkan sebuah negara sebagaimana yang dihasratkan dalam buku Berpisah Tiada, untuk mengharmon...