Ancaman Militan Dan Penularan Anasir Keganasan Perlu Diberi Perhatian Serius - Agong
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah perkembangan ancaman militan dan anasir keganasan yang mula menular di negara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjerumuskan negara dalam kancah ketidakstabilan. Titah Seri Paduka ancaman keselamatan yang menggugat kesejahteraan negara itu adalah nyata dan perlu ditangani segera.