Posts

PDRM diarah siasat ugutan bunuh petugas SPR - Zahid

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi. "Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam. "Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini. Ahmad Zahid, yang...

Kem tentera bukan untuk tambah undi BN

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan pembinaan Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) di Hutan Melintang dekat sini bertujuan menambah undi Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya pembinaan kem berkenaan berikutan kelompongan yang terdapat di wilayah selatan Perak yang tidak mempunyai sebarang kem tentera. ‘‘Ada yang pertikai bahawa kita bina kem di Hutan Melintang untuk tambah undi BN sedangkan harus ingat bahawa kem tentera terdekat adalah di Sungai Buloh, Selangor. ‘‘Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula di Lumut dan berlaku lompang di kawasan Perak selatan dan kerana itu kita memerlukan kem tentera yang sudah tentu berpusat di Hutan Melintang, kita bina bukan nak tambah undi,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Kampung Sungai Sumun, Hutan Melintang dekat sini hari ini. Yang turut hadir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, Datu...

Zahid Minta Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan ‘Sibuk’ Buat Tuduhan

Image
BAGAN DATUK – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan Muhyiddin bahawa BN akan melakukan apa sahaja bagi menghalang rakyat di negara ini keluar mengundi pada 9 Mei depan merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab. “Tidak munasabahlah. Dulu dia (Muhyiddin) pernah berada dalam kedudukan saya. Janganlah sudah tidak ada dalam kerajaan buat dakwaan-dakwaan begitu, jagalah pengundi (Parlimen) Pagoh dan (Dewan Undangan Negeri) Gambir elok-elok,” katanya. Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya BN akan melakukan apa sahaja...

Bukan perangai buruk saya: TPM

Image
BAGAN DATUK - Tidak ramai kontraktor dan perunding pembinaan gemar apabila ada pemimpin yang sering memantau serta turun melihat perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedar tindakan yang dilakukannya itu dipandang buruk segelintir pihak yang beranggapan itu sikap buruknya. "Ramai kontraktor dan konsultan bila saya hand's on lihat pembangunan setiap waktu mereka tidak suka tetapi saya mahu tahu sejauh mana perkembangan, adakah senarai semakan diikuti, garis masa dipenuhi. "Saya juga mahu tahu adakah kontraktor yang dilantik itu berwibawa, saya mahu tahu kualiti bahan berkenaan serta yang penting saya mahu tahu adakah ada pemotongan harga yang tidak boleh dikompromi langsung," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datuk, di sini, pagi tadi. Tambahnya tindakan yang dilakukannya tersebut bertujuan un...

Jangan jadikan isu keselamatan mainan politik - Agong

Image
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan atau mainan politik. Baginda bertitah ancaman ke atas keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk. "Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang. "Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik," titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sultan Muhammad V bertitah, ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan golon...

PRU-14: Polis siap siaga

Image
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa berikutan tahap kesiapsiagaan pasukan seragam itu kini berada pada 99.9 peratus. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap kesiapsiagaan luar biasa itu bagi memastikan sistem demokrasi dapat diterjemah sepenuhnya selain memastikan tugas calon-calon pilihan raya yang akan bertanding berjalan lancar. Katanya, kesiapsiagaan itu juga adalah persediaan untuk menghadapi suasana sebelum pembubaran Parlimen, hari tarikh bubar hingga hari penamaan calon, hari pengundian serta harihari selepasnya. “Setakat ini, kita sudah 99.9 peratus siap saga. Kita buat beberapa siri latihan termasuk latihan table top, gerakan tubuh badan dan beberapa lagi. Kemuncak latihan bagi menghadapi PRU-14 akan dijalankan esok. “Ini bagi memastikan persiapan dapat dibuat 100 peratus. Saya sendiri tidak tahu pilihan raya itu bila akan dij...

Integriti penentu kemenangan calon PRU-14

Image
FAKTOR calon berperanan penting bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu pilihan raya itu. Oleh itu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, Barisan Nasional (BN) akan memastikan semua calon dipilih mempunyai ciri disukai pengundi. Dalam hal ini, mungkin lebih penting ialah elemen integriti yang perlu ada pada setiap calon BN. Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menjelaskan, semua calon BN bagi PRU-14 sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan sebarang salah laku, membabitkan integriti. Setiap calon bukan sahaja perlu bersih sebarang isu yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, skandal atau sebarang perkara yang bercanggah dengan perundangan, tetapi juga mesti kelihatan bersih. Inilah yang dimahukan oleh pengundi hari ini. Walaupun diberitakan yang semua negeri sudah menghantar nama calon untuk PRU-14, bagi Ahmad Zahid, tidak ada tolak ansur dalam isu pemilihan calon. Ahmad...

Banyak Perkara Baik Dilakukan Kerajaan Berbanding Janji Manis Pembangkang - TPM

SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang lebih gemar menabur 'janji-janji manis', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjikan 'bulan dan bintang'. "Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarkan (oleh pembangkang), termasuk berhajat untuk 'mengecat langit". "Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. Insya-Allah kita akan buktikan itu," katanya dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Anta...

Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya - TPM

Image
PUTRAJAYA - Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang baru. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk negara itu meneruskan kedegilannya dengan tidak mematuhi resolusi antarabangsa. “Israel hanya salah sebuah negara kepada anggota PBB. Kedegilan Israel ini memang sejak penubuhan negara berkenaan. "Dan Israel harus mematuhi apa saja keputusan di peringkat antarabangsa, walaupun selama ini mereka sering mencabul dan menolak resolusi PBB,” katanya kepada pemberita di Masjid Putra, di sini, semalam. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang enggan menerima hakikat dan menegaskan Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi ibu negara negara itu. Awal pagi ini, PBB...

Najib Ketuai 10,000 Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis

Image
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai lebih 10,000 rakyat Malaysia menyertai perhimpunan solidariti untuk bersama rakyat Palestin membantah pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel. 'Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis' itu diadakan di Masjid Putra, disertai kebanyakannya umat Islam dan rakyat pelbagai agama yang hadir sama ada mewakili NGO atau datang sendiri. Perhimpunan itu didahului dengan solat Jumaat dan diikuti dengan solat hajat serta forum 'Selamatkan Baitulmuqaddis' dengan enam anggota panel. Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa anggota Kabinet dan Duta Palestin di Malaysia Datuk Dr Anwar H al-Agha. Forum, solat dan perhimpunan itu diadakan sehari selepas sidang tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyaksikan 128 negara menyokong resolusi PBB menggesa Amerika Syarikat supaya membata...

Solidariti pertahan Baitulmaqdis Jumaat ini: TPM

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersolidariti mempromosikan keamanan pada perhimpunan besar-besaran di Masjid Putra, di sini Jumaat ini bagi mempertahankan Baitulmaqdis. Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan itu dilihat sebagai pentas bagi semua pihak termasuk NGO dan parti politik pelbagai 'warna' untuk memanifestasi solidariti mereka dalam isu berkenaan. "Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv atau Israel, kita menghormati hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) tetapi apabila hak kota suci umat Islam diceroboh dengan hasrat untuk melenyapkan sirah kota suci Islam, Kristian dan agama Yahudi Orthodox asal, ertinya rejim Israel cuba memadamkan sejarah. "Kita di Malaysia dengan masyarakat berlatarbelakangkan komposisi kaum, budaya dan agama yang berbeza tidak pernah mempromosikan perbezaan tetapi kemajmukan  masyarakat harus dipertahankan. "...

Malaysia Tidak Tunduk Resolusi 'Halalkan' Pengunaan Dadah - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang resolusi untuk menghalalkan penggunaan dadah jika diluluskan mana-mana badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghalalkan penggunaan dadah dilihat sebagai di luar norma kemanusiaan kerana penyalahgunaan bahan itu mengundang pelbagai masalah sosial dan jenayah. "Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi walaupun ada resolusi yang dibuat badan-badan antarabangsa untuk menghalalkan penggunaan dadah membahaya. "Kerajaan berpendirian bahawa selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus maka selagi itulah permasalahan sosial melalui penagihan dadah dan pelakuan jenayah disebabkan oleh penagihan dadah ini berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) ke-42, di sini hari ini. Katanya, bagi menang...

TPM pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, yang diumumkan penubuhannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, minggu lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata majlis itu juga akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi. Beliau berkata, mesyuarat pertama akan diadakan selepas semua terma rujukan yang bakal dibentangkan pada minggu pertama Januari depan mendapat persetujuan kerajaan. "Berhubung keahlian majlis ini, pelbagai sektor boleh membantu kita dalam menangani pelbagai faktor yang menyebabkan inflasi termasuk dari segi kepenggunaan. "Justeru, semua NGO dan pakar ekonomi akan kita bawa bersama," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini. Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan mewakili Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada perhimpunan agung parti itu minggu ...

Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) Berkuat Kuasa Esok - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) akan berkuat kuasa esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) bertujuan memperkemas dan menambah baik pelaksanaan serta penguatkuasaan peruntukan itu terutamanya berkaitan pemakaian peranti pemantauan elektronik (EMD) dengan memperincikan lagi syarat-syarat pemakaian EMD ke atas orang di bawah pengawasan. Selaras dengan pindaan itu juga, Jadual Kedua Akta 297 telah dipinda dengan memasukkan kesalahan baharu yang boleh diambil tindakan melibatkan penggunaan EMD berkenaan, katanya yang juga Menteri Dalam Negeri. "Pindaan ini akan membolehkan pihak polis mengambil tindakan pencegahan yang lebih berkesan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan tersenarai di bawah Jadual Kedua yang dipinda," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di bawah Seksyen 22 Akta ...

Anggota Rela bantu Esscom bermula Januari

Image
LAHAD DATU - Aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara di perairan Sabah terus menjadi keutamaan apabila seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditugaskan bagi membantu pemantauan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bermula Januari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah mengatur penugasan anggota Rela berkenaan sedang dijalankan dan kerajaan telah memperuntukkan dana bagi menyediakan uniform serta kelengkapan tertentu kepada setiap anggota terlibat.   “Tindakan ini penting untuk menentukan bahawa soal ke­selamatan bukan sahaja Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tetapi di seluruh Sabah dalam keadaan terkawal. Untuk itu, kita telah membincangkan beberapa tindakan bagi menentukan jenayah rentas sempadan lebih dikawal rapi. “Kami putuskan kawalan rapi perlu diteruskan di resort-resort di kawasan Esszone dan 500 anggota Rela juga akan ditugaskan membantu agensi-agensi keselamatan di bawah Esscom,” katanya ...

Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 jamin keselesaan

Image
KUALA LUMPUR - Lokasi Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 diubah ke Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi memastikan pengamal media mendapat ruang kerja lebih kondusif ketika membuat liputan. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata, perubahan lokasi tersebut dilakukan bagi memastikan semua yang terlibat selesa dalam membuat liputan sepanjang perhimpunan kali ini. "Kita menyediakan tempat atau ruang yang lebih kondusif untuk membuat liputan sempena perayaan kali ke-71 dan gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan dipalu bila-bila masa dari sekarang. "Pada masa sama, saya berharap pemerhati dan pengamal media dapat melakukan liputan harian dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini. Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melakukan lawatan ke bilik operasi setiap agensi media. Lokasi laman media pa...

TPM Seru Penunggang Motosikal Berdisiplin, Ubah Persepsi Masyarakat

Image
SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang motosikal agar lebih berdisiplin di jalan raya supaya golongan itu tidak terus menjadi penyumbang kepada peratusan tinggi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya. Menyifatkan dirinya juga seorang penunggang motosikal yang aktif sejak 40 tahun lalu, beliau berkata golongan berkenaan harus mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap mereka sebagai penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya. "Malah saya juga dulu pernah dikatakan dalang utama penyebab kemalangan jalan raya. Saya dilemparkan pandangan yang buruk kerana saya mewakili penunggang motosikal. "Kali ini saya bersama saudara-saudari membuktikan kepada masyarakat bahawa kita bukan penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya," katanya semasa merasmikan program Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini. Program anjuran Koperasi Seniman Kual...

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - UMNO Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum memikirkan tentang calon menteri besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu berkata calon menteri besar hanya akan ditentukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu. "Lepaskan dahulu PRU14 baru fikir siapa jadi Menteri Besar. Malah Tan Sri Noh Omar sendiri sudah luahkan tidak berminat menjadi menteri besar, hanya tunjuk kepimpinan sahaja," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan dua bekas Menteri Bekas Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ditanya mengenai usaha UMNO Selangor menggunakan khidmat bekas menter...

BN Tidak Lapuk, Sentiasa Remaja

Image
KUALA LUMPUR – Biarpun berusia berpuluh-puluh tahun, tidak semestinya Barisan Nasional (BN) harus digantikan kerana parti politik itu telah mengalami pelbagai evolusi yang sesuai me­ngikut peredaran masa. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN telah beberapa kali bertukar tampuk kepimpinan sekali gus membuatkan parti itu sentiasa diremajakan dan mengalami pemantapan dasar. Pada masa sama, beliau mengibaratkan parti politik sebagai sebuah kapal yang memerlukan seorang sahaja nakhoda dibantu timbalan-timbalannya, dan jika mempunyai begitu ramai sehingga enam nakhoda akan membuatkan kapal tersebut tiada hala tuju. Walaupun tidak menamakan siapakah enam nakhoda tersebut, dipercayai Ahmad Zahid merujuk kepada Pakatan Harapan yang diketui DAP dan mempunyai enam pemimpin tertinggi berpengaruh. “Ada yang beranggapan BN merupakan parti lama dan perlu diganti dengan parti-parti baharu. Tetapi kita harus melihat, meskipu...

'Pilih Gantung Atau Penjara'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memberikan mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan membolehkan hakim menjatuhkan hukuman sama ada gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Ketika ini, katanya, mahkamah tiada pilihan untuk menghukum pesalah berdasarkan akta sedia ada. "Akta sekarang menyebut hukuman gantung sampai mati adalah secara mandatori dan mahkamah tidak ada pilihan lain, sama ada gantung atau lepaskan (tertuduh). "Pindaan ini yang terbaik dan memberi pilihan kepada hakim untuk menilai berdasarkan kes yang dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII di Parlimen, hari ini. RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 bagi meminda Seksyen 39B akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat esok selepas dibacakan untuk kali perta...