Jangan jadikan isu keselamatan mainan politik - Agong
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan atau mainan politik. Baginda bertitah ancaman ke atas keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk. "Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang. "Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik," titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sultan Muhammad V bertitah, ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan golon...