Integriti penentu kemenangan calon PRU-14
FAKTOR calon berperanan penting bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu pilihan raya itu. Oleh itu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, Barisan Nasional (BN) akan memastikan semua calon dipilih mempunyai ciri disukai pengundi. Dalam hal ini, mungkin lebih penting ialah elemen integriti yang perlu ada pada setiap calon BN. Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menjelaskan, semua calon BN bagi PRU-14 sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan sebarang salah laku, membabitkan integriti. Setiap calon bukan sahaja perlu bersih sebarang isu yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, skandal atau sebarang perkara yang bercanggah dengan perundangan, tetapi juga mesti kelihatan bersih. Inilah yang dimahukan oleh pengundi hari ini. Walaupun diberitakan yang semua negeri sudah menghantar nama calon untuk PRU-14, bagi Ahmad Zahid, tidak ada tolak ansur dalam isu pemilihan calon. Ahmad...