BN Tidak Lapuk, Sentiasa Remaja
KUALA LUMPUR – Biarpun berusia berpuluh-puluh tahun, tidak semestinya Barisan Nasional (BN) harus digantikan kerana parti politik itu telah mengalami pelbagai evolusi yang sesuai mengikut peredaran masa. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN telah beberapa kali bertukar tampuk kepimpinan sekali gus membuatkan parti itu sentiasa diremajakan dan mengalami pemantapan dasar. Pada masa sama, beliau mengibaratkan parti politik sebagai sebuah kapal yang memerlukan seorang sahaja nakhoda dibantu timbalan-timbalannya, dan jika mempunyai begitu ramai sehingga enam nakhoda akan membuatkan kapal tersebut tiada hala tuju. Walaupun tidak menamakan siapakah enam nakhoda tersebut, dipercayai Ahmad Zahid merujuk kepada Pakatan Harapan yang diketui DAP dan mempunyai enam pemimpin tertinggi berpengaruh. “Ada yang beranggapan BN merupakan parti lama dan perlu diganti dengan parti-parti baharu. Tetapi kita harus melihat, meskipu...