SEMPORNA - Selepas beroperasi tanpa pejabat sejak hampir 10 bulan lalu, UMNO Bahagian Semporna semalam secara rasmi memiliki pejabat sendiri yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jalan Hospital / Jalan Balai Polis, dekat sini. Ia berlaku susulan bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar parti pada hujung Jun 2016 sebelum bangunan UMNO sedia ada dijadikan pejabat Parti Warisan Sabah (Warisan), iaitu parti pembangkang tempatan baharu diketuainya. Ahmad Zahid ketika merasmikan pejabat UMNO Bahagian Semporna yang baharu itu, menegaskan kekuatan parti bukan terletak pada individu, seperti juga keutuhan UMNO Semporna tidak bergantung kepada Mohd Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO. "Ketua UMNO bukan pada siapa diri kita... siapa Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) dan Zahid Hamidi kalau bukan kerana UMNO. Sebab itu kalau (ada pemimpin) nak pergi, pergilah, tetapi apa yang pent...