AKSI pemain JDT, Mahalli Jasuli (tengah) yang diasak penjaga gol Balestier Khalsa FC, (kanan) pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini. KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu berehat untuk aksi antarabangsa, saingan Liga Super kembali bersambung minggu ini untuk perlawanan hari keenam dengan satu perlawanan berlangsung, malam ini dan baki lima lagi perlawanan, malam esok. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kendalian Azman Adnan yang kini di tangga kedua Liga Super dengan sembilan mata berpeluang merampas seketika tangga teratas liga daripada FELDA United (11 mata) andai mereka berjaya menewaskan Sarawak pada aksi tunggal di Stadium Shah Alam, malam ini. Namun, PDRM tidak boleh bersikap ambil mudah biarpun Sarawak kendalian Robert Alberts tewas kedua-dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 di Larkin dan Selangor 2-0 di Shah Alam, 14 Mac lalu. PEMAIN JDT diasak pemain Balestier Khalsa FC, pada perlawa...