Posts

PDRM diarah siasat ugutan bunuh petugas SPR - Zahid

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi. "Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam. "Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini. Ahmad Zahid, yang

Kem tentera bukan untuk tambah undi BN

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan pembinaan Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) di Hutan Melintang dekat sini bertujuan menambah undi Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya pembinaan kem berkenaan berikutan kelompongan yang terdapat di wilayah selatan Perak yang tidak mempunyai sebarang kem tentera. ‘‘Ada yang pertikai bahawa kita bina kem di Hutan Melintang untuk tambah undi BN sedangkan harus ingat bahawa kem tentera terdekat adalah di Sungai Buloh, Selangor. ‘‘Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula di Lumut dan berlaku lompang di kawasan Perak selatan dan kerana itu kita memerlukan kem tentera yang sudah tentu berpusat di Hutan Melintang, kita bina bukan nak tambah undi,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Kampung Sungai Sumun, Hutan Melintang dekat sini hari ini. Yang turut hadir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, Datu

Zahid Minta Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan ‘Sibuk’ Buat Tuduhan

Image
BAGAN DATUK – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan Muhyiddin bahawa BN akan melakukan apa sahaja bagi menghalang rakyat di negara ini keluar mengundi pada 9 Mei depan merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab. “Tidak munasabahlah. Dulu dia (Muhyiddin) pernah berada dalam kedudukan saya. Janganlah sudah tidak ada dalam kerajaan buat dakwaan-dakwaan begitu, jagalah pengundi (Parlimen) Pagoh dan (Dewan Undangan Negeri) Gambir elok-elok,” katanya. Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya BN akan melakukan apa sahaja

Bukan perangai buruk saya: TPM

Image
BAGAN DATUK - Tidak ramai kontraktor dan perunding pembinaan gemar apabila ada pemimpin yang sering memantau serta turun melihat perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedar tindakan yang dilakukannya itu dipandang buruk segelintir pihak yang beranggapan itu sikap buruknya. "Ramai kontraktor dan konsultan bila saya hand's on lihat pembangunan setiap waktu mereka tidak suka tetapi saya mahu tahu sejauh mana perkembangan, adakah senarai semakan diikuti, garis masa dipenuhi. "Saya juga mahu tahu adakah kontraktor yang dilantik itu berwibawa, saya mahu tahu kualiti bahan berkenaan serta yang penting saya mahu tahu adakah ada pemotongan harga yang tidak boleh dikompromi langsung," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datuk, di sini, pagi tadi. Tambahnya tindakan yang dilakukannya tersebut bertujuan un

Jangan jadikan isu keselamatan mainan politik - Agong

Image
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan atau mainan politik. Baginda bertitah ancaman ke atas keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk. "Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang. "Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik," titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sultan Muhammad V bertitah, ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan golon

PRU-14: Polis siap siaga

Image
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa berikutan tahap kesiapsiagaan pasukan seragam itu kini berada pada 99.9 peratus. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap kesiapsiagaan luar biasa itu bagi memastikan sistem demokrasi dapat diterjemah sepenuhnya selain memastikan tugas calon-calon pilihan raya yang akan bertanding berjalan lancar. Katanya, kesiapsiagaan itu juga adalah persediaan untuk menghadapi suasana sebelum pembubaran Parlimen, hari tarikh bubar hingga hari penamaan calon, hari pengundian serta harihari selepasnya. “Setakat ini, kita sudah 99.9 peratus siap saga. Kita buat beberapa siri latihan termasuk latihan table top, gerakan tubuh badan dan beberapa lagi. Kemuncak latihan bagi menghadapi PRU-14 akan dijalankan esok. “Ini bagi memastikan persiapan dapat dibuat 100 peratus. Saya sendiri tidak tahu pilihan raya itu bila akan dij

Integriti penentu kemenangan calon PRU-14

Image
FAKTOR calon berperanan penting bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu pilihan raya itu. Oleh itu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, Barisan Nasional (BN) akan memastikan semua calon dipilih mempunyai ciri disukai pengundi. Dalam hal ini, mungkin lebih penting ialah elemen integriti yang perlu ada pada setiap calon BN. Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menjelaskan, semua calon BN bagi PRU-14 sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan sebarang salah laku, membabitkan integriti. Setiap calon bukan sahaja perlu bersih sebarang isu yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, skandal atau sebarang perkara yang bercanggah dengan perundangan, tetapi juga mesti kelihatan bersih. Inilah yang dimahukan oleh pengundi hari ini. Walaupun diberitakan yang semua negeri sudah menghantar nama calon untuk PRU-14, bagi Ahmad Zahid, tidak ada tolak ansur dalam isu pemilihan calon. Ahmad